Thursday, December 4, 2008

Kelas KG 1 E




fail-fail nota yang boleh didownload untuk mata pelajaran tmk

1- Peraturan makmal
2- Sejarah komputer
3- Impak TMK dalam pelbagai bidang
4- Asas sistem komputer
5- Asas Internet

sila download fail-fail di sini
n

n

Friday, November 21, 2008

Selesai Sudah Satu Episod

Dengan terhantarnya segala mak nenek borang semalam, maka selesai sudah 1 tugas yang berat, terima kasih kepada semua pemeriksa yang bertugas dengan penuh dedikasi demi kemajuan anak bangsa, pakat-pakat berdoa moga2 duit claim masuk cepat.

Thursday, November 13, 2008

Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula, harap para pelajar dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan baik , bagi pelajar ting 1 dan 2 ni lah masa untuk ulangkaji ,
bagi aku , cuti macam tak cuti, selesai ja periksa kertas, kena buat preparation untuk nak submit skms dan nak semak semua benda termasuk claim dan sebagainya,
dan sekolah .... lagi banyak bertimbun, duit kwamp dah masuk kena settlekan pembayaran sebelum 15 disember , markah lagi , dan jadual waktu lagi nak kena pikiaq,,,, alahai, ...

Thursday, October 9, 2008

PMR 2008 .....

akhirnya berkunjung juga tarikh ni , InsyaAllah calon-calon PMR 2008 sudah membuat persediaan rapi , dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda semua, do the best...... InsyaAllah kejayaan menjadi milik anda,..,

Thursday, September 25, 2008

12 Perkara Mudah Cara Menjawab Pendidikan Islam PMR & SPM

Terima Kasih Ust Samsudin (GC GKC )

1- apakah ciri-ciri atau sifat-sifat .

- a b c d e…z – amanah , baik , , cerdik , dedikasi, … cari 20

2- Faktor2 atau sebab2 atau punca berlaku

- sosial

- akidah.

- Ekonomi.

- Kesihatan ,

- Persekitaran.

- Pengaruh.

3- Bagaimana cara atasi , langkah 2 , tindakan .

- Sosial – kempen , nasihat ,

- Akidah , Tingkatkan iman,

- Dampingi ulama, imarah masjid,

4- Hikmah di atas kebaikan… kepada diri, masyarakat, negara.

- Diri – sabar, iman bertambah, tawakal. Lebih akhlak baik, bina sahsiah, rajin ,

- Masyarakat – aman , maju, bersatu padu, progresiv, berdaya saing , kreatif bertamadun , beradab,

- Negara – maju, makmur , dihormati, berdaya saing.

5- Akibat , kesan negatif , ambil dari hikmah – negatifkan.

- Terjerumus ke lembah maksiat.

6- Amalan2 orang yang beriman , anak soleh

- Agama – taat perintah Allah.

- Keluarga – kasih kpd keluarga, taat kpd kedua ibu bapa.

- Masyarakat – rajin tolong orang, dermawan , pemurah,

- Negara – patuh kpd pemimpin,

7- Perbuatan anak2 yang menderhaka. / perlakuan.

- Negatifkan amalan diatas.

8- Syarat-syarat menjadi anak yg soleh / bagaimana cara ..

- rajin baca al-quran, rajin ke majlis ilmu, suka berkawan dgn kawan yg baik. Menghargai ilmu.

9- Bukti - anak yang soleh – taat kepada ibu bapa.

- Jawapan yang berganda.

- Anak yg soleh taat kepada perintah Allah oleh itu dia akan taat. kepada kedua ibu bapa.

10- Berikan contoh – anak yg soleh , khurafat., adab yang baik., contoh pelajar yang baik.

- Anak yang beriman, berilmu agama, berkawan dgn rakan yang baik.

11- Perbezaan … - spt orang berilmu dan tidak berilmu – kbkk.

- Buat table , colum . bagi contoh …

12- Peranan , tugas , tanggungjawab..

- Kaitkan dgn ciri-ciri

- Ch amanah , iman , ilmu ,

- Ambil dari fizikal – otak- fikir kepala tangan – dermawan ,

Mata – tidak lihat perkara maksiat.

Monday, August 25, 2008

Kursus KBSM PI Padang Terap Pendang




Kursus tersebut diadakan di SMK Kuala Nerang, saya bertindak selaku urusetia kursus. semuanya berjalan lancar walaupun pada hari pertama agak terlewat, maklumlah baru lepas bercuti. terima kasih pada penceramah2 yang diundang dari daerah kubang pasu. Penghargaan juga ditujukan kepada unit pendidikan Islam PPD Padang Terap atas kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan kursus ini. Kursus ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tn Hj Zulkifli Bin Ghozali , Pegawai khas kurikulum SPIM JPN Kedah. Terima kasih daun keladi

Sunday, August 17, 2008

Buku Siri Ulangkaji Pendidikan Islam SPM


Buku siri ulangkaji Pendidikan Islam SPM terbitan KKGUMB Kedah, harganya murah sahaja RM 15.00 . Yang berminat boleh contact saya 013-4289958,

Teknik Mudah 2 PMR Pendidikan Islam

Tips mudah membaca jawi :
1- Pastikan anda mengetahui huruf-huruf jawi yang berjumlah 37 huruf.
2- Anda mesti tahu membunyikan huruf-huruf tadi.
3- Terdapat transliterasi huruf-huruf jawi ke rumi , mudah saja, iaitu dengan membunyikan huruf anda akan dapat tahu penggantian jawi ke rumi.
4- Apabila membaca perkataan dalam tulisan jawi, gantikan huruf jawi dengan huruf rumi.
5- Anda akan dapat tahu membaca perkataan tersebut berdasarkan penggantian huruf rumi walaupun ringkas. anda kan pakar menulis sms.
selamat mencuba
terima kasih ust umar ppd gombak..

Teknik mudah 1 pendidikan islam pmr

calon-calon dikehendaki :
1 - baca arahan yang terdapat pada muka hadapan kertas soalan.
2- baca setiap soalan berulang-ulang kali agar anda dapat memahami betul-betul kehendak soalan
3- buat rangka sebelum menjawab- supaya jawapan anda tak terpesong dan menjimat masa menjawab.

selamat mencuba....

Friday, August 15, 2008

PC FAIR KEDAH

pc fair sedang berlangsung di pacific alor star kedah dari 14-16 ogos 08, saya telah berkesempatan untuk jengok-jengok apa yang patut, tergoda jugak dibuatnya tengok gadget-gadget baru, last hanya beli pendrive 8gb sahaja.

Cuti Sekolah Ogos 08

sekolah sudah mula cuti dari 15 hingga 23 ogos 08 , lepas saja cuti pelajar-pelajar smkst akan menghadapi pksm 4, harap semuanya bersedia,...

teknik menjawab pmr pi

dah selesai saya memberi teknik menjawab pi kepada dua buah sekolah tersebut, agak meletihkan sebab saya perlu berkejaran ke sana sini demi untuk memenuhi undangan rakan-rakan. namun saya berharap maklumat yang disampaikan amat berguna kepada calon-calon pmr terutamanya mata pelajaran pendidikan islam, saya akan tuliskan lagi disini teknik-teknik menjawab

Tuesday, August 12, 2008

teknik menjawab pmr pi

tadi selepas urus mesyuarat pengetua2 smka , aku bergegas ke smk bbd kerana nak bagi bahan utk ceramah teknik pd 18 ogos ni, then terus ke smk kubang rotan, nasib baik tak sesat jalan , alhamdulillah semuanya berjalan lancar , to all the pmr candidates of smkkr, all the best. then terus bergegas ke sm agama nurul islam di air hitam , tapi terlewat sikit. tapi depa dengan sabarnya dan bersungguh menunggu aku, alhamdulillah dapat la jugak aku menyampaikan teknik2 yang berguna kepada calon2 pmr sm agama nurul islam dan sm agama alhidayah, dalam pada sempat lagi set masa hari khamis pagi untuk smk kepala batas.

AKSMKA 2008


bergambar latar belakang backdrop sbg kenangan




alhamdulillah selesai sudah aksmka 2008, yg syok hasil buah tangan aku dipaparkan ( puji diri ) , backdrop program dan backdrop kat dewan makan smka sik, dan yang lain tu termasuk streamer, banner dll adalah hasil design yg aku supervised, dan seronok jugak dalam aksmka ialah dapat jumpa kawan2 lama.

Sunday, August 10, 2008

teknik menjawab pmr pi & Majis Anugerah Kecemerlangan SMKA

alhamdulillah , hari ni selesai memberi teknik menjawab kepada dua buah sekolah , 1 sma taufikiah alkhairiah di padang lumat dan 2 smk tengku laksamana jln kuala kedah, dua2 nya berjalan lancar, ada sorang pelajar yang ikut ceramah kali ni dpat menjawab dengan baik soalan yang diberikan, selesai ja ceramah aku bergegas ke jpn , tolong depa setting teks pengarah dan lepas tu terus ke taman siswa menguruskan kedatangan tetamu2 , sempat juga la jumpa kawan2 lama, alhamdulillah, malamnya majlis taklimat untuk pengetua2 di dewan ibnu khaldun di ipda, yang membanggakan aku backdrop yang aku design telah terpampang dengan lawanya didepan dewan , { bangga sendiri la tu },

Saturday, August 9, 2008

teknik menjawab pmr pi

hari ini sabtu 9/8 aku kena bagi teknik menjawab di smk tanah merah dan smk dulang yang, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, calon2 pmr di dua2 buah sekolah dapat memberi perhatian dan faham dengan input dan teknik yang aku bagi, cuma sebahagian pelajar yang nampaknya macam terpaksa ja, biasalah pelajar sekolah harian biasa, tengah bagi ceramah di smk dulang , kawan dari smk kubang rotan call suruh buat ceramah teknik di sekolah dia pulak so, aku set pada hari selasa 12/8.

Thursday, August 7, 2008

kursus pemantapan kurikulum daerah kubang pasu

pada 6 & 7 ogos , aku ditugaskan memberikan taklimat pemantapan kurikulum pendidikan islam daerah kubang pasu, tajuk pertama ialah dua waktu tambahan , amali dan pafa, selesai ja taklimat aku terpaksa bergegas ke smk tunku malik untuk memberikan ceramah teknik menjawab pmr pendidikan islam , sbb dah janji, kena pi jugak, alhamdulillah pelajar2 smk tunku malik memberikan kerjasama yang baik kepada aku , aku doakan mereka berjaya dalam pmr 2008, lepas ja habis di smk tm aku berpatah balik ke pkg hosba , nak tgk bengkel yang depa buat,
then esoknya , sesi aku mula awal 8 pagi , tapi 8.30 juga boleh mula kali ni tajuknya ialah pengurusan panitia , aku tunjuk video jemaah nazir dulu kat depa lepas satu jam aku sambung pulak , lepas tu bengkel buat fail panitia, yang syoknya fail yg aku bawa pun depa ambik katanya nak buat contoh, tak pa la fail tu aku ambil kat sek ja. then aku terima call dari u lah dan nazri jpn , suruh pi tengok design banner yg aku design, katanya kena tukaq warna tulisan , maka aku pun bergegas la ke arena di tandop, discuss dgn desinger arena , ok siap jugak , alhamdullilah, then bergegas pulak ke pkg hosba sbb aku ada satu lagi slot iaitu program gemilang pi , aku hanya boleh mula jam 2.45 ptg, then majlis penutupan oleh u rushdan , alhamdulillah semuanya berjalan lancar
nanti InsyaAllah , 24 & 25 ogos , depa dari kp akan mai pulak ke ptp, nampaknya persediaan kena lebih hebat la dari kp..
Anyway , tahniah pada semua.... fasi , urusetia, peserta.. semoga usaha kalian akan diberkati Allah hendaknya,..